Keluarga dan Komuniti

  1. PERHUBUNGAN KELUARGA DAN KOMUNITI

(a)    KOMUNIKASI terdiri daripada :-

 

  1. Jenis komunikasi
  • Komunikasi anatar individu
  • Komuniikasi awam
  • Komunikasi massa
  1. Bentuk Komunikasi
  • Lisan
  • Bukan lisan
  1. Fungsi komunikasi
  • Menyampaikan maklumat perkembangan bahasa
  • Mendidik
  • Perkembangan intelek
  • Menghibur
  • Perkembangan personaliti
  • Proses sosialisasi
  1. Faktor yang mempengaruhi keberkesanan berkomunikasi
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Halangan berkomunikasi
  1. Komuniti ialah sekumpuulan manusia yang tinggal bersama disesuatu kawasan, saling berinteraksi, dan berkongsi kemudahan serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan hidup dan mencapai kesejahteraan.
  2. Komunikasi ialah unsur yang menjalin hubungan keluarga dan komuniti. Komunikasi yang berkesan akan menjalin perhunbungan yang mesra dan menjamin kesejahteraan serta kualiti hidup keluarga dalam komuniti.
  3. Terdapat dua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
  4. Faktor yang mempengaruhi keberkesanan berkomunikasi ialah kemahiran berkomunikasi dan halangan berkomunikasi.
  5. Kemahiran berkomunikasi melibatkan kebolehan penyampai menyampaikan mesej dengan jelas dan keboleha penerima mendengar serta mentaafsir mesej dengan betul.

(a)    Menyampai perlu menggunakan mesej yang ringkas, bahasa yang mudah difahami, tempat yang sesuai, dan selaraskan komunikasi lisan dengan bukan lisan.

(b)   Penerima perlu member perhatian, mendengar dengan teliti, dan mentafsir mesej dengan betul serta memberi respon yang sesuai.

  1. Halangan berkomunikasi mengganggu proses berkomunikasi dan menjejaskan ketepatan mesej yang disampaikan. Halangan berkomunikasi termasuklah halangan fizikal, prasangka, kurang member perhatian, percanggahan mesej lisan dan salah faham kerana perbezaan dari segi gaya pertuturan, nilai, budaya, tradisi dan persekitaran.

Leave a comment